Kerjaya Shima Anuar

Shima Anuar memulakan kerjaya lakonannya pada 2010 sebagai pelakon tambahan untuk beberapa drama dan filem tempatan. Beliau merupakan salah seorang bakat baru yang diperkenalkan oleh Metrowealth bersama-sama Wawa Zainal, Adiba Yunus, Mikail Andre dan Niezam Zaidi. Drama pertama lakonannya ialah Klik (2010). Beliau membintangi filem sulung lakonannya, 7 Petala Cinta (2011) gandingan bersama Aeril Zafrel. Pada tahun 2013, Shima bekerja di bawah arahan pelakon bertukar pengarah Pierre Andre menerusi filem Cerita Kita dan Highland Tower.